Cara Daftar Akaun Pop Meals Melalui Aplikasi

Anda boleh memesan makanan dari Pop Meals melalui aplikasinya sama ada secara penghantaran atau pickup. Jadi dalam video ini, kami nak berkongsi dengan anda cara mudah daftar akaun Pop Meals melalui aplikasinya.

1. Setelah anda muat turun dan buka aplikasi Pop Meals, pada laman ini, tekan pada Get Started.

2. Seterusnya, isikan saja nombor telefon pada ruangan yang disediakan. Anda juga diberi pilihan untuk mendaftar gunakan emel, Facebook atau Google. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

3. Sahkan nombor telefon anda dengan mengisikan 4 digit pin yang diterima pada ruangan ini.

4. Untuk meneruskan pendaftaran ini, anda boleh menekan pada mana-mana pilihan seperti yang dipaparkan ini.

5. Selepas itu, anda perlu memilih mana-mana gerai yang disenaraikan ini.

6. Kemudian, untuk kemaskini akaun ini, tekan pada Profile.

7. Seterusnya, tekan pada My account.

8. Selepas itu, tekan pula pada My Details.

9. Isikan saja nama anda pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Submit.

10. Lengkapkan pula maklumat seperti alamat emel pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

11. Akhir sekali, sahkan maklumat seperti yang dipaparkan ini adalah betul dengan menekan pada Save.

12. Akhir sekali, maklumat anda telah berjaya disimpan.

13. Selepas ini, anda boleh menggunakan aplikasi ini seperti biasa seperti memesan kopi dan sebagainya.

Cara Daftar Ahli Gigi Coffee Melalui Aplikasi
Cara Tukar Kata Laluan Akaun idMe Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa | Sistem Pengurusan IDentiti

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *