Cara Daftar Akaun idMe Sistem Pengurusan IDentiti Untuk Pendaftaran Murid Tahun 1 Secara Online
Ikuti blog ini cara untuk daftar akaun Sistem Pengurusan IDentiti atau idMe secara online di browser telefon masing-masing. Antara fungsi utama sistem ini adalah untuk lakukan permohonan pendaftaran Murid Tahun 1.
1. Anda perlu layari laman login idMe di pautan https://idme.moe.gov.my/login. Pada laman log masuk ini, untuk mula daftar sebagai pengguna baru, tekan pada Daftar Baru.
2. Pada laman pendaftaran ini, isikan saja butiran yang diminta seperti jenis identiti kad, nombor kad pengenalan, nama, emel, pengesahan emel dan nombor telefon pada ruangan yang disediakan.
3. Kemudian, tekan pada kotak ini untuk pengesahan status Saya Bukan Robot.
4. Dibawahnya pula, isikan Captcha seperti yang tertera dibawahnya. Sekiranya sudah selesai, tekan Daftar.
5. Kemudian, pihak idMe akan menghantar satu emel pengesahan pendaftaran akaun. Dalam emel ini, ia akan beri kata laluan sementera dan kata kunci keselamatan sementara. Jadi, anda perlu tekan pada pautan ini, Pengaktifan Akaun Pengguna untuk mengaktifkan akaun.
6. Selepas itu, barulah anda boleh log masuk seperti biasa menggunakan nombor kad pengenalan dan sahkan kata kunci keselamatan sementara beserta gunakan kata laluan sementara yang diberikan untuk daftar masuk.
7. Selepas berjaya log masuk menggunakan kata laluan sementara, anda perlu tukar kata laluan ini dimana pada bahagian Kemaskini Pengguna, anda perlu pergi ke bahagian kata laluan dan isikan kata laluan baru berserta kata kunci keselamatan pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Simpan.
8. Selepas itu, anda boleh log masuk semula dengan menggunakan kata laluan baru tadi.